Malakat Grocer sediakan bekalan bakul makanan untuk dermawan infaq bantuan

0
69
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berucap ketika majlis pembukaan Malakat Grocer Alam Damai. Gambar fail

CYBERJAYA – Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu yang berhasrat untuk menyumbangkan bekalan makanan kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) boleh mendapatkan bekalan tersebut di Malakat Grocer.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, pihaknya di Malakat Grocer menyediakan barangan keperluan itu mengikut bajet yang disediakan oleh para penyumbang.

“Kepada dermawan, orang perseorangan, NGO, pengumpul-pengumpul pahala, pemburu pintu rezeki dan bakal-bakal jutawan, jika anda ingin mendapatkan bekalan makanan asas untuk diinfaqkan, bolehlah hubungi saya secara terus secara di Messenger atau WhatsApp di talian 0192688519.

“Saya akan pastikan pihak kami di Malakat Grocer menyediakan ‘food basket’ untuk tuan-tuan mengikut bajet tuan-tuan sekalian,” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Bakul makanan sumbangan untuk Parlimen Sepang yang disediakan oleh Malakat Grocer baru-baru ini

Kerajaan hari ini mengumumkan sebanyak lapan daerah di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur akan dikenakan PKPD selama 14 hari berkuat kuasa Sabtu ini.

Ia berikutan peningkatan kes Covid-19 dan penularan virus mutasi Covid-19 di beberapa kawasan di Lembah Klang sejak kebelakangan ini.

Sementara itu, Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berharap dengan sumbangan itu dapat membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan.

Pada masa sama, katanya, usaha tersebut
juga diharap dapat meningkatkan kuasa industri runcit dalam kalangan umat Islam dengan beli dan jual antara sama-sama kita.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here