Malaysia capai sasaran kadar vaksinasi lebih 300,000 sehari-PM

0
15
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA- Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang ditetapkan iaitu melebihi 300,000 dos sehari bermula bulan ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia telah berjaya mencapai kadar vaksinasi setinggi dengan 313,761 dos sehari.

Beliau berkata, ia membabitkan 6,585,002 individu telah menerima dos pertama dan 2,735,474 orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

“Melihat kepada perkembangan ini, kerajaan optimis bahawa segala usaha yang dirancang berada di landasan yang tepat, Insya-Allah.

“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba.

“Semua petugas barisan hadapan, para sukarelawan serta seluruh rakyat Malaysia yang telah bersama-sama dalam menjayakan program vaksinasi terbesar di negara ini,” katanya menerusi hantaran video di Facebooknya pada hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here