
CYBERJAYA– Kes positif baharu Covid-19 di Malaysia hari ini hampir mencecah 7,000 kes apabila sebanyak 9,988 kes dicatatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr, Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadi kumulatif kes ialah 758,967.
Dr. Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,885 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 988 kes.
“Seterusnya Negeri Sembilan sebanyak 692 kes, Sarawak (544 kes), Melaka (311 kes), Johor (270 kes), Kedah (250 kes), Sabah (232 kes), Pahang (195 kes), Pulau Pinang (174 kes), Perak (149 kes), Labuan (129 kes) dan Kelantan (108 kes).
“Terengganu pula (50 kes), Putrajaya (10 kes) dan Perlis (satu kes),” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.