Malaysia terima lebih 26 juta dos vaksin

0
92
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Malaysia telah menerima sebanyak 26,383,670 dos vaksin menerusi perolehan kerajaan dan juga sumbangan negara luar.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, sehingga 26 Julai, perolehan kerajaan ialah sebanyak 23,88 juta dos.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,085,790 dos diterima pada suku pertama, 8,906,530 dos dihantar pada suku kedua dan bakinya yang diterima pada bulan Julai.

“Selain daripada bekalan vaksin yang diterima daripada perolehan, kMalaysia juga telah menerima sumbangan vaksin daripada tiga buah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penerangan pada hari ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Khairy, tiga buah negara yang menyumbang kepada Malaysia ialah Jepun yang menyumbang 998,400 dos vaksin AstraZeneca yang diterima pada 1 Julai. 

“Amerika Syarikat menyumbang 1,000,350 dos vaksin Pfizer yang diterima pada 5 Julai dan ] China menyumbang vaksin Sinovac sebanyak 500,000 dos yang diterima pada 16 Julai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here