MAQIS Selangor rampas daging lembu sejuk beku dari Australia

0
40
Gambar Hiasan

CYBERJAYA- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk daging lembu sejuk beku dari Australia.

MAQIS Selangor dalam kenyataannya berkata, pihaknya menahan kontena yang membawa daging berkenaan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Klang Barat pada Isnin lalu.

Katanya, daging lembu seberat 24,987.96 kilogram bernilai RM296,998.91 itu ditahan kerana kegagalan untuk mengemukan permit import MAQIS yang sah.

“Perbuatan mengimport daging sejuk beku tanpa permit import akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta sama.

“Jika disabit kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

MAQIS Selangor menegaskan pihaknya sentiasa mengambil serius terhadap isu membabitkan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan dagangan yang boleh mengancam keselamatan makanan serta status halal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here