Masih ada masa untuk daftar ibadah korban bersama YBIM

0
38
Badlishah Alauddin

CYBERJAYA – Umat Islam di negara ini yang mahu menyertai ibadah korban masih berpeluang berbuat demikian dengan menyertai Program Korban Kembara anjuran Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM).

Program dengan kerjasama Kumpulan Malakat Eco dan Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (KGTR) itu menawarkan harga penyertaan (satu bahagian) serendah RM390 manakala RM2700 untuk seekor lembu.

Duta Rasmi Program Kembara Qurban YBIM, Datuk Badlishah Alauddin berkata, penganjuran ibadah korban secara berkumpulan itu bertujuan memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah berkenaan dalam ketidaktentuan pandemik sekarang ini.

“Di masjid dan surau, ada banyak ketetapan yang perlu dipatuhi. Ada negeri yang tidak membenarkan langsung aktiviti sembelihan.

“Jadi kami bekerjasama menyediakan platform korban pada tahun ini yang mana daging-daging akan diagihkan kepada golongan fakir miskin mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Kuliah Kembara Qurban 2021 anjuran YBIM dan Malakat Mall yang diadakan di laman Facebook Yayasan Budi Ihsan Malaysia pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Fadzil Hashim (tengah) berucap pada majlis MoU antara Yayasan Budi Ihsan Malaysia dengan Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia pada 31 Mei lalu.

Badlishah berkata, melalui kerjasama itu, Malakat Mall akan beroperasi sebagai pusat agihan manakala KGTR pula sebagai pembekal dan pengendali haiwan korban.

Katanya, sebagai jaminan kepada peserta, pihaknya menjanjikan pengurusan sembelihan secara telus dan bersistematik.

“YBIM mempunyai sistem ibadah korban yang profesional termasuk pengiktirafan Sijil ISO 90012015 yang diberikan khusus untuk penilaian ibadah korban.

“Selain itu kami juga menawarkan hadiah istimewa kepada peserta yang bertuah,” katanya.

Beliau berkata, tempahan ibadah korban pada tahun ini boleh dibuat dengan melayari laman kembaraqurban.my atau www.ybim.org.my atau menghubungi talian 0198634005, 0193804005 atau whatApps ke 011-37573712.

Pada pelancaran program Mei lalu, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil berkata, pihaknya tidak mengambil sebarang keuntungan atau komisen daripada program itu sebaliknya bekerjasama sebagai memenuhi tanggungjawab kepada masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here