
KUALA LUMPUR- Nampaknya hari pertama sidang khas di Dewan Rakyat hari ini bermula agak ‘tegang’ apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang melepaskan geram.
Mereka seperti sudah menahan lama untuk ‘berdebat’ dan pagi ini dilihat beberapa Ahli Parlimen pembangkang bertikam lidah dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah berhubung perjalanan persidangan Parlimen yang tidak membenarkan anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.
Antara yang bangun mempersoalkan perjalanan sidang khas adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed (Langawi), Gobind Singh Deo (Puchong) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Sidang khas selama hari ini yang bermula hari ini adalah yang pertama kali diadakan sejak 12 Januari lalu selepas kerajaan melaksanakan Proklamasi Darurat.
Terdahulu hari ini, Azhar Azizan meminta ketua parti mengadakan penggiliran ahli di Dewan Rakyat setiap sejam bagi mengelak penularan Covid-19 sepanjang lima hari sidang khas berkenaan.