MCA ucap tahniah 100 tahun penubuhan Parti Komunis China

0
248
Tan Teik Cheng

BANGI – Persatuan Cina Malaysia mengucapkan tahniah kepada Parti Komunis China sempena ulang tahun ke-100 penubuhan parti itu.

Ucapan disampaikan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Song Tao dalam kenyataan hari ini.

Menerusi ucapan itu, Teik Cheng bagi pihak Persatuan Cina Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Hal Ehwal China dan pusat inisiatif ‘Belt and Road’ Parti Komunis China.

Teik Cheng berkata, mengimbas kembali seratus tahun Parti Komunis China (PKC), parti itu berjaya memimpin China dan warganya untuk maju, selain terus membawa pembaharuan inovasi dalam semua aspek pembinaan negara.

Selain itu, katanya, parti juga berjaya mempromosikan pemodenan China dan mewujudkan kehidupan bahagia untuk rakyat yang menjadi contoh kepada semua negara lain.

“Sejak MCA dan Parti Komunis China menandatangani memorandum kerjasama dan pertukaran pada 18 Julai 2014, Jawatankuasa Hal Ehwal China MCA selalu menjadi salah satu unit dukungan utama antara parti.

“Melalui Pusat ‘Belt and Road’ di bawah jawatankuasa itu, pelbagai kerjasama dan pertukaran rancangan telah dilancarkan dan membuahkan hasil,” katanya dalam kenyataan pada 29 Jun dipetik portal Ismaweb.net hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pusat Hal Ehwal China MCA itu berharap, kedua-dua pihak akan terus mengekalkan kerjasama erat pada masa hadapan, sambil mengukuhkan hubungan yang akan menyatukan persahabatan antara Malaysia dan China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here