McGregor tewas pada pusingan pertama akibat patah kaki

0
404
Pertemuan dua bintang UFC pada UFC 264 hari ini.

LAS VEGAS – Pertemuan dua jaguh lightweight dalam UFC 264 hari ini memberi kemenangan mudah kepada Dustin Poirier apabila Conor McGregor tewas pada pusingan pertama akibat patah kaki.

Keghairahan bintang kelahiran Ireland untuk menundukkan Poirier terkubur apabila doktor pertandingan mengesahkan kecederaan teruk pada buku lalinya.

Kekalahan McGregor menerusi TKO itu merupakan kekalahan kali keduanya menentang bintang dari Amerika Syarikat itu. Kekalahan kali pertama adalah pada Januari lalu.

Kemenangan Poirier dalam pusingan pertama itu disifatkan peminat UFC sebagai penebus kekalahannya dalam pertemuan kali pertama menentang McGreogor pada 2014.

Melalui kemenangan terbaharu ini, Proirier mencatat kemenangan sebanyak 28 kali dengan 6 kekalahan (28-6) manakala McGregor pula dengan rekod 22-6.

Agensi berita luar melaporkan, kekalahan yang penuh emosi itu sekali lagi tidak dapat diterima oleh McGregor dan menganggap perseteruan antara mereka masih belum berakhir.

Bagaimanapun, lagenda UFC, Jon Jones menyifatkan kecederaan itu adalah pengakhiran kepada karier McGregor.

Tangkap layar ketika kaki kiri McGregor patah semasa perlawanan menentang Dustin Poirier hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here