Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin ini ditangguhkan

0
63
Sidang Dewan Rakyat yang bersidang baru-baru ini

CYBERJAYA – Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ini ditangguhkan.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, Mesyuarat Khas itu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Pemakluman ini dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

”Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaru penularan jangkitan Covid-19 yang mana Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, saya diarahkan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk mengemukakan pemberitahuan ini kepada ahli-ahli yang berhormat bahawa Dewan Rakyat tidak bersidang pada 2 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here