Minat burung eksotik bawa padah

0
256
Sebahagian daripada lebih 20 ekor burung yang dipelihara suspek tanpa dokumen kebenaran.

CYBERJAYA -Minat seorang lelaki memelihara burung eksotik akhirnya membawa padah apabila kediamannya di Ulu Tiram, Johor Bahru diserbu Jabatan Perhilitin Negeri, baru-baru ini.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa, suspek gagal mempamerkan sebarang dokumen penyimpanan yang sah oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia.

Antara yang dirampas adalah 11 ekor burung bayan nuri, 10 ekor burung bayan serindit, 1 ekor burung bayan puling dan 1 ekor burung murai.

“Suspek telah dibawa ke balai polis untuk laporan. Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Daerah Kluang, Johor untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan Jabatan Perhilitan Negeri Johor hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 60 (1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 iaitu memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran, memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sebahagian daripada lebih 20 ekor burung yang dipelihara suspek tanpa dokumen kebenaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here