Misi bantuan diketuai Ebit Lew hantar dua lori ubat-ubatan ke hospital di Gaza

0
88
Salah sebuah lori yang menghantar peralatan dan ubat-ubatan ke tiga hospital di Gaza

GAZA – Sebulan selepas menghantar dua treler ubat-ubatan, hari ini pendakwah terkenal, Ebit Lew yang dalam misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin menghantar dua lagi lori ubat-ubatan dan barang keperluan khas untuk diedarkan kepada tiga hospital di sini.

Menurut Ebit, barangan keperluan perubatan itu di hantar ke Hospital AsSyifa dan Hospital Al-Quds serta Hospital A’mal yang dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Palestin.

“Kami beli kerusi roda, mesin dialisis, ubat-ubatan, semua jenis keperluan untuk hospital. Tiga hospital saya pergi. Hospital AsSyifa merupakan hospital besar di Gaza tapi sesak dengan orang.

“Senarai hospital ini saya dapat dari Kementerian Kesihatan dan juga daripada senarai hospital itu sendiri,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit turut merakamkan penghargaan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Mesir dalam menjayakan misi tersebut.

Bercerita lebih lanjut, Ustaz Ebit berkata, dalam misi itu beliau juga berkongsi kisah bagaimana seorang doktor senior di Hospital AsSyifa yang mati syahid bersama semua ahli keluarganya kecuali seorang anaknya yang terselamat dalam serangan ganas oleh rejim Zionis.

Ebit (empat dari kiri) bergambar di hadapan Hospital al-Quds di Gaza

“Presiden Bulan Sabit Merah Palestin ceritakan masa kena bom dulu. Masa itu hospital penuh dengan orang sedang dapatkan rawatan. Semua bawa lari pesakit ke luar jalan.

“Hospital itu musnah dan kini sedang dibuat semula. Ramai yang cedera dan syahid dalam serangan itu. Untuk beli lif saja kena order dua tahun baru boleh dapat yang baru.

“Begitu juga dengan keperluan pembadahan jantung dan lain-lain. Dalam pertemuan ini, saya juga sempat ambil nombor anak Dr. Ayman yang syahid baru-baru ini.

Antara barangan yang dibeli untuk keperluan hospital di Gaza

“Dalam serangan itu, keluarganya semua syahid, tinggal seorang anak sahaja. Isteri, anak, nenek,datuk, saudara, sepupu,adik beradik semua syahid. Tinggal anaknya itu seorang diri. Allahukbar sedihnya,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here