Nadir yang patut perincikan perbelanjaan, dia kutip sumbangan rakyat Malaysia-Ebit Lew

0
3067
Nadir Al-Nuri dan Ebit Lew

CYBERJAYA – Soal perbelanjaan segala bantuan di Gaza, Palestin sepatutnya ditanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri.

Pendakwah bebas, Ebit Lew berkata, ini kerana segala pergerakan di Gaza,Nadir menggunakan perbelanjaan hasil derma rakyat Malaysia.

Ebit berkata, Nadir juga selalu membuat ‘live’ dan baru-baru ini dia menyatakan mendapat dana sebanyak RM20 juta sumbangan untuk Gaza.

“Jadi sepatutntya, dia (Nadir) yang perincikan segala bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia ini…sertakan dengan resit dan sebagainya.

“Itu yang sepatutnya, dia (Nadir) dalam persoalannya minta saya perincikan belanja. Untuk apa? Sebab saya ke sana pakai dana sendiri.

“Saya pakai dana sendiri dan juga pakatan daripada kawan-kawan terdekat saya,” katanya dalam sesi ‘live; bagi menjawap isu dibangkitkan Nadir.

Menurut Ebit, beliau tidak pernah membuka walaupun satu tabung untuk menjayakan misi bantuan kumpulannya ke Gaza.

“Saya tidak pernah buka tabung, jadi tidak perlu untuk saya cerita apa kegunaan saya. Ramai ingat saya guna duit sumbangan rakyat Malaysia.

“Yang kutip sumbangan itu Nadir, banyak duit dia kumpulkan. Ini adalah kebaikan rakyat Malaysia, jadi sepatutnya dia terangkan kegunaan duit itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here