Najib tampil bantu Dek Mat

0
369
Pegawai pejabat Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumangan kepada Dek Mat pagi ini

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah tampil menghulurkan bantuan kepada Mohd Nor Abdullah atau lebih dikenali ‘Dek Mat’.

Semalam Malakat Tribune mendedahkan Dek Mat terpaksa mengibarkan bendera putih ditingkap bilik sewanya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Najib di hantaran Facebooknya memaklumkan,  pegawai dan kakitangan di pejabatnya telah menyampaikan sedikit bantuan kepada Dek Mat pagi ini.

Mohd Nor Abdullah yang tiada kedua-dua tangan sejak lahir terpaksa mengibarkan bendera putih di tingkap bilik sewanya untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Semoga dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan yang ditanggung oleh Dek Mat tatkala semua terkesan di era pandemik yang mencabar ini.

“Difahamkan Dek Mat kini tidak dapat meneruskan jualan nasi lemak disebabkan pembekal tidak dapat membuat penghantaran kepadanya.

“Moga Dek Mat dan yang terjejas teruk dimurahkan rezeki dengan sumbangan-sumbangan orang ramai,” katanya dalam hantaran itu.

Dek Mat yang tiada kedua-dua tangan sejak lahir terpaksa mengibarkan bendera putih di tingkap bilik sewanya di sebuah rumah kedai di Cheras (berdekatan LRT Cheras) untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dek Mat, 29 yang sebelum ini berdikari mencari pendapatan sendiri dengan berniaga nasi lemak kini terpaksa berhenti seketika kerana kurang pelanggan selain mengharapkan bantuan bulanan dari Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here