Neelofa nafi dikhianati Ebit Lew, akan bersemuka dengan Caprice

0
27716
Neelofa

CYBERJAYA – Selebriti terkenal, Neelofa menafikan dakwaan penyanyi rap, Caprice yang mengaitkan namanya dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail sebagai telah ‘dikhianati’ oleh Ebit Lew ketika pendakwah terkenal itu menyertai misi bantuan ke Gaza, Palestin.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menafikan tuduhan oleh Caprice itu dalam satu komen ketika siaran langsung oleh Ebit ketika menjawab tuduhan oleh beberapa pihak mengenai misi bantuannya ke Gaza, sebentar tadi.

“This is not right. Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat.

“My mom tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya minta jangan kaitkan benda tidak berasas,” katanya.

Tangkap layar komen Neelofa dalam siaran langsung Ebit Lew sebentar tadi

Carpice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mendakwa Ebit mengambil kertas kerja misi bantuan ke Gaza yang dibuat oleh pasangan selebriti itu dan seorang lagi aktivitis iaitu Heliza Helmi.

Malah, Caprice mendakwa kertas kerja itu kemudian dihantar oleh Ebit kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk beliau pergi bersama pasukannya.

Dakwaan Caprice itu kemudiannya tular di media sosial selepas dia juga membuat pelbagai lagi tohmahan kepada Ebit.

Susulan pelbagai tohmahan tidak benar ke atas dirinya, Ebit semalam membuat satu laporan polis bagi mempertahankan dirinya.

Pada masa sama, Ebit turut membuat satu siatan lansung sebentar tadi bagi menjawab pelbagai tuduhan liar mengenai misi bantuan ke Gaza.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here