Nur Dhabitah ke separuh akhir

0
167
NUR DHABITAH

TOKYO – Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir acara terjun papan anjal 3 meter (m), sebentar tadi.

Dalam pusingan kelayakan di Pusat Aquatik Tokyo itu tadi, Nur Dhabitah berjaya mara setelah memungut 291.60 mata daripada lima terjunan, sekaligus menamatkan saingan di tangga ke-10 penerjun terbaik.

Namun, nasib berbeza menimpa seorang lagi penerjun negara, Ng Yan Yee yang terlepas peluang layak secara automatik selepas hanya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-20 dengan 251.95 mata.

Hanya 18 penerjun terbaik layak mara ke pusingan separuh akhir esok, dengan dua lagi penerjun di tangga ke-19 dan 20 diletakkan sebagai penerjun simpanan sekiranya terdapat sebarang penarikan diri pada saat akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here