Olimpik: Atlet Malaysia bebas jangkitan Covid-19

0
38
Barisan atlet negara yang akan bersaing di Tokyo

SEPANG – Kontinjen negara di Perkampungan Olimpik di Tokyo, Jepun ketika ini bebas jangkitan Covid-19.

Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, ketika ini, kontinjen negara dalam fasa menyesuaikan diri dan para atlet juga telah memulakan latihan ringan.

“Atlet kita semua okey. Kita ada pegawai di sana yang memantau keadaan mereka dan setakat ini tiada sebarang kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) mega Movenpick KLIA hari ini.

Kontinjen Malaysia berlepas ke Tokyo pada Sabtu lalu bagi mengharungi cabaran temasya sukan terbesar dunia itu yang bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here