Olimpik: Khairul Anuar layak ke pusingan kalah mati recurve individu

0
135
Khairul Anuar Mohamad

CYBERJAYA – Jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad berjaya memasuki pusingan pertama kalah mati acara recurve individu Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Khairul Anuar layak selepas menamatkan saingan penentuan ranking di kedudukan 20 selepas mengutip 661 mata pada saingan yang berlangsung di Park Archery Field.

Saingan penentuan ranking itu diungguli oleh Pemanah Korea Selatan, Kim Je Deok dengan mengutip 688 mata.

Dalam pusingan pertama kalah mati pada Selasa ini, Khairul Anuar akan berdepan pemanah Finland, Antti Vikstrom.

Bagaimanapun Malaysia gagal ke pusingan kalah mati bagi acara berpasukan campuran apabila Khairul Anuar dan Syaqiera Mashayikh sekadar di kedudukan 19 pada aksi kelayakan.

Kahirul Anuar dan Syaqiera mengutip 1,291 mata keseluruhan dan hanya 16 pasukan teratas layak ke pusingan kalah mati bagi acara berpasukan campuran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here