Olimpik: Perenang Tunisia lakar kejutan raih emas acara 400m

0
217
Ahmed Hafnaoui

TOKYO – Perenang remaja Tunisia, Ahmed Hafnaoui berjaya mencipta sensasi selepas melakar kejutan di kolam renang apabila memenangi acara 400 meter (m) gaya bebas lelaki sebentar tadi.

Perenang berusia 18 tahun itu memecut di 50m terakhir untuk merakam 3 minit 43.36 saat dan mengatasi perenang Australia Jack McLoughlin (3:43.52) dan perenang Amerika Syarikat Kieran Smith (3:43.94).

“Saya tidak mempercayainya, ia menakjubkan. Saya rasa lebih selesa di dalam air hari ini berbanding semalam. Saya juara Olimpik sekarang.

“Saya cuma masukkan kepala saya dalam air dan itu saja. Sukar untuk dipercayai. Impian saya menjadi kenyataan,” kata Hafnaoui memetik laporan AFP.

Elijah Winnington, yang mengejutkan Mack Horton di Australia untuk memusnahkan harapan rakan senegaranya itu mempertahankan gelaran Olimpiknya, mendahului 100m pertama.

McLoughlin memintasnya selepas 200m dan seakan dapat merangkul emas tetapi Hafnaoui memecut pada 50m terakhir untuk kemenangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here