Olimpik Tokyo: Nur Dhabitah layak ke final esok

0
105
Nur Dhabitah Sabri

CYBERJAYA- Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke final acara tiga meter (m) papan anjal individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 esok.

Nur Dhabitah layak selepas berjaya menduduki tempat keenam daripada 18 penerjun dengan mengutip 312.60 mata selepas lima terjunan.

Sebanyak 12 penerjun layak untuk aksi final esok yang akan berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo.

Pada aksi final esok, Nur Dhabitah akan bersaing hebat dengan dua penerjun dari China, Shi Tingmao dan Wang Han yang berjaya meraih pingat emas 3m papan anjal seirama sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here