Olimpik Tokyo: Nur Suryani gagal ke pentas akhir

0
29
Nur Suryani Mohd Taibi

CYBERJAYA – Nur Suryani Mohd. Taibi gagal pentas akhir dalam acara 50 meter (m) rifle tiga posisi selepas terkandas di pusingan kelayakan sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Lapang Sasar Asaka itu, Nur Suryani sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-34 daripada 37 peserta.

Atlet menembak negara itu menamatkan saingan dengan 1,142 mata iaitu 29 mata dibezakan dengan zon kelayakan.

Hanya lapan peserta terbaik melayakkan diri ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Aksi kelayakan itu diungguli atlet dari Rusia, Yulia Zykova yang berjaya mengumpul sebanyak 1,182 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here