Olimpik: Zii Jia mula langkah kanan, mudah tundukkan pemain dari Ukraine

0
29
Lee Zii Jia

TOKYO – Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya menepati ramalan dengan menewaskan pemain yang berada di rangking ke-98 dunia dari Ukraine, Artem Pochtarov sebentar tadi di Musashino Forest Sport Plaza.

Pemain negara itu yang berada pada rangking kelapan dunia hanya mengambil masa selama 25 minit untuk menewaskan Pochtarov dengan keputusan straight set 21-5 dan 21-11 dalam pusingan pertama Kumpulan M.

Zii Jia yang diletakkan harapan untuk menghadirkan sebutir pingat dalam sukan badminton tidak menghadapi sebarang masalah untuk menumbangkan Pochtarov.

Juara All England itu kemudiannya dijadualkan bertemu dengan Brice Leverdez dari Perancis esok.

Sekiranya pemain perseorangan lelaki kebangsaan itu mengungguli peringkat kumpulan, beliau berkemungkinan besar akan membuat perhitungan awal dengan juara bertahan dari China, Chen Long, selain berpotensi berdepan pilihan kedua, Chou Tien-chen, dalam suku akhir.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here