Oman laksana sekatan penuh bermula Hari Raya Aidiladha

0
27
Gambar Hiasan

MUSCAT – Kerajaan Oman akan melaksanakan sekatan pergerakan penuh selama tiga hari bermula Hari Raya Aidil Adha.

Sekatan itu meliputi larangan solat sunat berjemaah, berkunjung ke pasar dan menghadiri perhimpunan.

Menurut laporan Agensi Berita Oman, tindakan itu merupakan usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara berkenaan diputuskan oleh jawatankuasa diketuai Menteri Dalam Negeri, Sayyid Hamoud Faisal Al-Busaidi.

Menerusi arahan terbaru itu, semua kegiatan sosial dan pergerakan individu dan kenderaan, dilarang mulai pukul 5 petang hingga 4 pagi bermula 16 Julai depan.

“Bagaimanapun, larangan keluar sepanjang hari ditetapkan pada sekatan pergerakan penuh selama tiga hari mulai Hari Raya Aidil Adha,” katanya.

Kawasan Musandam bagaimanapun dikecualikan daripada larangan itu kerana bilangan jangkitan yang rendah dan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di sana.

Tiada orang luar dibenarkan datang ke Musandam berkuat kuasa 9 Julai, kecuali bagi mereka yang sudah mengambil sekurang-kurangnya satu dos vaksin yang diiktiraf di Oman. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here