OTAi Group tawar peluang latihan pratikal kepada pelajar Politeknik

0
14
Poster peluang latihan industri yang ditawarkan OTAi Group.

CYBERJAYA – OTAi Group mempelawa pelajar-pelajar dari Politeknik untuk menjalani latihan industri di anak-anak syarikat kumpulan itu.

Peluang keemasan yang mula dibuka hari ini itu menawarkan peluang terbaik kepada pemohon untuk mendapatkan latihan industri dari sektor swasta.

“Bermula 8 Julai 2021, pihak OTAi Group menerima pelajar-pelajar dari Politeknik untuk menjalani latihan industri di anak syarikat kami.

“Peluang keemasan buat mereka yang masih tiada tempat untuk latihan industri yang mana kami akan dedahkan kepada pelajar-pelajar tentang ilmu keusahawanan Islam dan perniagaan,” katanya dalam kenyataan dikongsi Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim di Faacebooknya hari ini.

Antara bidang jurusan yang digalakkan memohon adalah perakaunan, pemasaran, keusahawanan, rekabentuk grafik, teknologi maklumat, peruncitan, sistem maklumat perniagaan, kewangan dan perbankan Islam, perkhidmatan makanan amalan halal dan pengurusan logistik dan rangkaian bekalan.

Menurut kenyataan itu, pemohon yang diterima akan diberikan pelbagai kemudahan termasuk elaun RM300 sebulan, makan tengahari, penginapan asrama dan pengangkutan ke tempat latihan.

“Pelajar yang berminat hanya perlu bawa keperluan diri dan sanggup untuk berhijrah ke Selangor dan Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh diperolehi di talian 019 – 6327 363 atau 018-280 8325.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here