Pandelela, Mun Yee terlepas peluang

0
253
Keputusan penuh acara terjun platform 10m seirama wanita, sebentar tadi.

TOKYO – Duo penerjun negara, Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong Pamg terlepas peluang meraih pingat pertama negara di temasya Olimpik 2020 menerusi acara terjun platform 10m seirama wanita, sebentar tadi.

Pandelela dan Mun Yee menamatkan pusingan 5 terjunan itu pada tanggga kelapan dengan mata keseluruhan 277.98.

Pingat emas dirangkul oleh pasangan China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi dengan 369.78 mata.

Pingat perak dirangkul oleh penerjun Amerika Syarikat, Jessica Parratto dan Delaney Schnell dengan 310.80 mata, manakala gangsa diraih duo Mexico, Gabriela Agundez Garcia dan Alejandra Orozco Loza dengan 299.70 mata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here