Parlimen: Ku Li minta tukar tempat duduk

0
254

Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR –  Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.

Permohonan Ahli Parlimen Gua Musang itu dinyatakan dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Alasan yang diberikan Tengku Razaleigh untuk membuat pertukaran itu ialah kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini.

“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan “Perikatan Nasional”.

“Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan Y.B Tuan Yang di-Pertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.

“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong Kerajaan Gagal ini,” katanya dalam surat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here