Pasangan jarak jauh dibenarkan rentas negeri namun, bersyarat

0
8317
Anggota Polis memeriksa dokumen kebenaran merentas daerah atau negeri pemandu kenderaan pada Sekatan Jalan Raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Pusat Bandar berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CYBERJAYA – Pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan bagi pasangan jarak jauh dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran harus mendapatkan kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya percaya ramai yang mahu mendengar mengenai pergerakan rentas negeri dan daerah membabitkan pasangan jarak jauh. 

“Saya sendiri ada menerima banyak rayuan berhubung perkara ini. Justeru itu, bagi fasa dua ini, kita akan membenarkan pasangan jarak jauh untuk merentas negeri dan daerah.

“Namun, hanya membabitkan kes kecemasan dan keperluan khas dengan mendapatkan kelulusan dari pihak polis,” katanya dalam sidang akhbar hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here