Pasukan keselamatan Afghanistan patahkan serangan Taliban ke atas bandar Qala-e-Naw

0
54

KABUL – Puak Taliban dilaporkan menyerang sebuah bandar utama di wilayah Badghis di barat laut Afghanistan, hari ini.

Dalam serangan itu, Taliban dilaporkan berjaya menawan sebuah balai polis namun terpaksa berundur setelah diasak oleh pasukan khas Afghanistan yang dibantu dengan serangan udara.

Menurut Gabernor wilayah Badghis, Husamuddin Shams, serangan yang dilancarkan terhadap bandar Qala-e-Naw itu masih belum berjaya dipatahkan sepenuhnya.

“Mereka berjaya menembusi pertahanan bandar ini, namun mereka berjaya dipaksa untuk berundur,” kata Husamuddin yang menambah, operasi ketenteraan masih dijalankan bagi memastikan kesemua penyerang sudah dihalau keluar.

Namun, sumber keselamnatan menyebut keadaan dalam bandar tersebut masih belum benar-benar selamat berikutan dipercayai masih terdapat saki baki anggota pemberontak yang masih bersembunyi.

Puak Taliban semakin giat melancarkan serangan terhadap wilayah-wilayah yang terletak di utara negara itu, berikutan pengunduran tentera Amerika Syarikat dan pakatan negara asing dari Afghanistan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here