Pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan KWSP di Selangor dan Pahang dibuka semula bermula hari ini

0
18
KWSP

CYBERJAYA – Pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Selangor dan pahang dibuka semula bermula hari ini.

KWSP berkata, semua pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan itu beroperasi pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari pada hari bekerja melibatkan perkhidmatan tertentu.

“Pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan yang terlibat ialah KWSP Rawang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong, Klang, Kajang, dan Gombak di Selangor manakala di Pahang pula merangkumi KWSP cawangan Kuantan, Pekan dan Jerantut.

“Pembukaan semula pejabat cawangan dan kaunter perkhidmatan tersebut bertujuan memenuhi keperluan ahli yang ingin membuat transaksi pengeluaran umur 50, 55 dan 60 tahun; pengeluaran kesihatan; pengeluaran kematian serta penyerahan arahan bayaran (PO) dan cek jurubank bagi pengeluaran yang dibuat,

“Ahli dikehendaki membuat janji temu melalui Janji Temu Online (JTO) di http://www.kwsp.gov.my dan pihak KWSP akan menghubungi ahli bagi urusan penyerahan PO dan cek jurubank bagi pengeluaran yang telah dibuat oleh ahli,” kata KWSP dalam kenyataan hari ini.

KWSP dalam masa sama turut menggalakkan ahli untuk menggunakan i-Akaun (Ahli) atau i-Akaun (Majikan) untuk transaksi yang boleh dibuat secara dalam talian.

“ mendapatkan maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau melayari laman sesawang KWSP.

“Ahli juga boleh menghubungi talian hotline di 03-8922 4848 untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai i-Citra,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here