Pejuang jihad di Gaza berjaya tembak jatuh dron milik rejim Israel

0
428
Tentera rejim melancarkan beberapa serangan udara ke Gaza sejak malam semalam dengan menyasarkan beberapa sasaran yang dikatakan milik pejuang Palestin

GAZA – Pejuang jihad Palestin di Gaza berjaya menembak jatuh sebuah dron milik tentera rejim Zionis yang menceroboh ruang udara kawasan selatan wilayah itu semalam waktu tempatan.

Memetik laporan Quds News Network, pejuang jihad turut merampas dron itu selepas ia jatuh di kawasan Khuza’a di Khan Younis.

Sejak semalam tentera rejim telah melancarkan beberapa serangan udara terhadap beberapa sasaran di Gaza.

Sekurang-kurangnya dua serangan yang dilancarkan tentera rejim mengenai sasaran di Khan Younis.

Selain itu, tentera rejim turut menyasarkan beberapa sasaran di barat laut Gaza.

Bagaimanapun tiada kecederaan atau pun kematian dilaporkan setakat ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here