Pekebun haram durian hantar wakil MCA jumpa MB Pahang, minta bantuan ambil barang

0
3510
Anggota PGA mengawal ladang Durian Musang King di Hutan Simpan Kekal Raub, Pahang

CYBERJAYA – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan menerima permintaan daripada pekebun haram durian Musang King yang menceroboh Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub Pahang untuk mengambil semula barangan mereka yang masih berada di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, permintaan daripada penceroboh hutan simpan itu disampaikan menerusi Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon yang berkunjung ke pejabatnya di Wisma Sri Pahang, Kuantan petang semalam.

Datuk Seri Wan Rosdy

Katanya, dalam pertemuan itu turut hadir ialah Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhamad.

“Saya menerima permintaan daripada Datuk Chong agar pekebun-pekebun haram terbabit dibenarkan memasuki kawasan operasi untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal di dalamnya.

“Kepada permintaan ini, saya telah meminta Datuk Chong mendapatkan sendiri kebenaran untuk pekebun terbabit berbuat demikian daripada Pengarah, Jabatan Perhutanan negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Datuk Chong Sin Woon

Sejak awal minggu lalu kerajaan negeri Pahang telah bertindak tegas dengan menebang hampir semua durian Musang King yang ditanam oleh pekebun haram di tanah seluas 101 hektar di Hutan Simpanan Kekal Batu Talam.

Difahamkan tanah itu telah diceroboh sejak 20 tahun lalu tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

Dalam pada itu, Wan Rosdy menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan itu diambil tanpa mengira kaum mahu pun kawasan atau pun daerah yang diceroboh.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here