Pelakon Benjy meninggal dunia di Medan

0
2629

CYBERJAYA – Pelakon Benjy Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada pukul 11 pagi tadi akibat serangan asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia.

Menurut portal Awani, berita pemergian Benjy, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, dimaklumkan oleh ayah Allahyarham, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal di hospital Medan Indonesia akibat asma hari ini,” kata Khairil Anwar kepada Awani menerusi aplikasi WhatsApp, sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

Allahyarham merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here