Pelukis karikatur hina Nabi Muhammad meninggal dunia selepas lama menderita sakit

0
3428
Kurt Westergaard

STOCKHOLM – Kartunis kontroversi Denmark, Kurt Westergaard yang pernah membangkitkan kemarahan umat Islam kerana melukis karikatur watak Nabi Muhammad SAW meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Westergaard meninggal dunia selepas lama menderita sakit, kata keluarganya kepada akhbar Berlingske.

Pada tahun 2005, dia mula menghasilkan 12 lukisan disiarkan oleh akhbar harian konservatif Jyllands-Posten dengan tajuk ‘The Face of Mohammed’ (wajah Nabi Muhammad SAW), yang membangkitkan kemarahan umat Islam.

Selepas dua minggu, demonstrasi tercetus di Copenhagen yang membantah tindakannya itu dan duta negara-negara Islam di Denmark menyatakan bantahan.

Ia kemudian menyebabkan huru-hara di di seluruh dunia Islam pada Februari 2006.

Pada 2010 Westergaard pernah mendapat ugutan bunuh dan terpaksa mendapat perlindungan daripada pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here