
TOKYO – Pemain badminton perseorang lelaki yang kurang dikenali dari Guatemala, Kevin Cordon terus mencipta sensasi apabila berjaya melangkah ke pusingan suku akhir acara tersebut esok.
Dalam aksi peringkat kalah mati sebentar tadi, pemain yang di kedudukan 59 dunia itu menewaskan pemain Belanda, Mark Caljouw dengan tiga set 21-17, 3-21, 21-19.
Dengan pencapaian itu meletakkan Cordon sebagai pemain Guatemala pertama yang layak ke pusingan suku akhir acara badminton.
Cordon yang berusia 34 tahun sebelum ini pernah menyertai acara sama dalam pentas Olimpil Beijing dan London namun hanya berjaya berada dalam kedudukan 16 terbaik.

“Ketika pertama kali layak ke Olimpik saya anggap ia sebagai satu mimpi dan cuba memenangi setiap perlawanan.
“Namun sekarang saya sudah berjaya memenagi tiga perlawanan. Saya masih seperti tidak mempercayainya lagi sekarang,” katanya memetik laporan BWF.
Dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini, Cordon mencipta kejutan dengan menewaskan pemain pilihan kelapan Angus Ng Ka-long dari Hong Kong, semalam.
Kemenangan itu sangat mengejutkan kerana Ka-long diramal tidak menghadapi masalah ke pusingan kalah mati.
Dalam aksi suku akhir esok, Cordon dijadualkan bertemu dengan pemain Korea Selatan, Heo Kwang Hee yang berjaya menumpaskan pilihan utama, Kento Momota semalam.-MT