Pemberian vaksin kepada remaja umur 17 tahun ke bawah belum dibuat lagi

0
75
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

CYBERJAYA – Proses pemberian vaksinasi terhadap remaja berumur 17 tahun dan ke bawah belum lagi dilaksanakan buat masa ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam satu hantaran menerusi laman sosial miliknya hari ini.

“Vaksinasi untuk remaja berusia 17 tahun ke bawah belum diberikan lagi.

“Keputusan lanjut akan diumumkan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun menurut kenyataan itu, pendaftaran di MySejahtera untuk golongan tersebut akan terus diterima.

Baru-baru ini Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) mengesahkan pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.

Pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here