Pemenang pingat pertama India terima tajaan piza seumur hidup

0
58

TOKYO – Selepas berkongsi ‘kerinduan’ mengenai makan kegemarannya iaitu piza, atlet angkat berat India, Saikhom Mirabai Chanu menerima kejutan tajaan piza seumur hidup selepas memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kemenangan atlet berusia 26 tahun itu menjadikan Chanu atlet India pertama yang menghadiahkan pingat kepada India.

Dalam saingan itu, impian Chanu untuk membawa pulang emas digagalkan oleh atlet China, Zhihui Hou manakala pingat gangsa disandang atlet Indonesia, Windy Cantika Aisah.

Tawaran daripada syarikat Domino’s itu dibuat oleh syarikat pengeluaran piza itu melalui Twitter sebagai hadiah kepada atlet yang mengalung pingat dalam kategori angkat berat 49 kilogram wanita, kelmarin.

Chanu yang mengakhiri kemarau pingat dalam sukan angkat berat menyuarakan hasrat untuk menikmati piza sepuas-puasnya selepas pulang ke tanah air.

“Saya menjalani diet yang ketat untuk persediaan beraksi dalam Olimpik Tokyo. Sudah lama saya tidak menjamah piza,” katanya kepada NDTV dalam temubual selepas kejayaannya.

Dalam hantaran di laman sosial, Domino’s, mengucapkan tahniah kepada Chanu atas kejayaannya dengan memenuhi impian dan kesukaannya pada piza.

“Si juara telah bersuara dan kami mendengarnya. Chanu tidak perlu lagi menunggu lama untuk menikmati piza kerana kami tawarkan tajaan piza seumur hidup beliau!#PizzasForLife.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here