Pemotongan gaji dedah Ahli Parlimen kepada amalan rasuah

0
148
Mohd Asri Zainul Abidin

CYBERJAYA – Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan pemotongan gaji dalam kalangan ahli politik sebagai langkah tidak tepat yang boleh mendorong golongan itu terjerumus ke kancah rasuah.

Katanya, pengurangan gaji kepada wakil rakyat akan menyebabkan mereka kekurangan pendapatan sehingga mencari peluang-peluang lain dan akhirnya terkait dengan amalan rasuah.

“Jika mereka tidak menerima gaji, mereka tidak akan mempunyai sumber yang cukup. Mereka akan menerima rasuah dan ini merupakan salah satu sebab perkara itu berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa forum anjuran institut antarabangsa polisi awam dan pengurusan agama dan rasuaha, University Malaya dipetik The FreeMalaysiaToday hari ini.

Isu pemotongan gaji atau elaun ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara timbul baru-baru ini dan dikatakan tidak boleh dilaksanakan ketika fasa Proklamasi Darurat kerana melanggar undang-undang pentadbiran Parlimen.

Perkara itu ditegaskan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim yang berkata, sebarang pemotongan emolumen ahli haruslah diusulkan di dewan masing-masing untuk dilulus atau ditolak kerana berkait dengan pindaan akta.

Mohd Asri berkata, salah satu punca yang menyebabkan bebanan kerja tambahan adalah pemahaman meleset orang ramai terhadap bidang tugas seseorang pemimpin atau wakil rakyat.

“Orang ramai sering mempunyai pemahaman yang salah mengenai bidang tugas wakil rakyat dan berpendapat wakil rakyat perlu bekerja lebih daripada itu.

“Kita mahu pemimpin bebas daripada rasuah dan pada masa sama kita tidak mahu mereka mengambil gaji.

“Kadang-kadang bila pemimpin tidak mengambil gaji mereka, kita menyangkakan mereka pemimpin yang baik tapi kita lupa bahawa mereka juga ada komitmen yang perlu ditanggung,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat memahami tugas-tugas yang dipikul oleh seseorang wakil rakyat agar golongan itu tidak terlalu dibebani.

“Kadang-kadang bila nak main bola kita perlukan padang, kita minta daripada Ahli Parlimen (MP).

“Ada yang nak hantar anak ke sekolah pun cari MP. Ini menambah beban kepada kerja yang bukan bidang kerja mereka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ada sesetengah pemimpin yang tidak menganggap perkara (mendapatkan dana) daripada sumber luar untuk kegunaan seumpama itu sebagai bukan rasuah.

Bahkan katanya, ada dalam kalangan wakil rakyat yang berjubah, berkopiah dan berpenampilan agama cukup luar biasa yang tidak menganggap penerimaan dana sebagai rasuah tetapi hadiah untuk ummah atau dana untuk korban.

“Padahal hukumnya tetapi rasuah,” katanya.

Justeru katanya, Malaysia memerlukan lebih banyak pemimpin yang mendokong agama secara jujur dan ikhlas dan bukannya sebagai pertukaran untuk mendapat sokongan demi kepentingan politik dan kedudukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here