Penerima dua dos vaksin Covid-19 dicadang diberi sedikit ‘keistimewaan’

0
520
Doktor yang bertugas memberikan suntikan vaksin kepada penerima di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya.

KOTA TINGGI – Kerajaan dalam proses cadangan untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada penerima yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu antara yang terdapat dalam garis panduan kepada penerima yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 untuk dibentangkan kepada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“Kita ada maklumat awal dengan merujuk beberapa negara ‘best practise’ dalam pengurusan Covid-19 termasuk faedah vaksin seperti yang dilakukan Amerika Syarikat (AS).

“Di AS contohnya, mereka sudah mula memberi beberapa faedah kepada penerima vaksin berikutan sudah merekodkan lebih 30 peratus penduduk negara itu yang sudah lengkap dua dos.

“Malaysia juga akan beri sedikit kelonggaran pada penerima vaksin sudah lengkap dua dos. Namun kita akan minta pakar kesihatan awam untuk beri pandangan, cadangan dan bentangkannya dalam Sidang Khas MKN untuk dijadikan rujukan sebelum keputusan mengenainya dibuat,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Minggu lalu, Khairy dilaporkan berkata, kerajaan dijangka mengeluarkan garis panduan kepada penerima yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 bulan depan, bagi memberi lebih kelonggaran kepada golongan berkenaan.

Khairy dilaporkan berkata, JKJAV sedang menyediakan garis panduan itu, yang akan dibentangkan di peringkat jawatankuasa berkenaan sebelum dibawa ke MKN.

“Kita mungkin akan keluarkan garis panduan mengenai apa yang anda boleh lakukan selepas anda sudah menerima sepenuhnya dua dos vaksin.

“Bagaimanapun, buat masa ini, dengan penularan varian Delta, kita lebih berhati-hati,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here