Peng Soon-Liu Ying tewas lagi, harapan ke pusingan kalah mati hancur

0
165
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying

TOKYO – Impian beregu campuran negara,
Chan Peng Soon-Goh Liu Ying untuk melangkah ke pusingan kalah mati berkubur selepas tewas kepada beregu Jerman, Mark-Isabel pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D sebentar tadi.

Dalam perlawanan di Musashino Forest Sport Plaza itu, pasangan negara itu tewas dengan keputusan straight set 12-21 dan 15-21.

Pada perlawanan tersebut, Peng Soon-Liu Ying memulakan aksi set pertama dengan agak perlahan apabila membenarkan pemain lawan melakukan serangan demi serangan sebelum tewas 11-21.

Harapan untuk melihat kebangkitan semula pasangan nombor tujuh dunia itu tidak kesampaian apabila Liu Ying mengalami kecederaan di bahagian lutut ketika di hujung set kedua perlawanan.

Kesakitan yang dialami Liu Ying diambil kesempatan oleh pasangan Jerman itu untuk menghabiskan pertarungan itu dengan keputusan 15-21.

Semalam bekas pemenang pingat perak Olimpik Rio itu tewas kepada beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet selepas kalah 18-21, 21-10, 16-21.

Kekalahan kedua berturut-turut ini menyebabkan harapan mereka untuk meraih sebarang pingat dalam temasya kali ini sudah berkubur.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here