
CYBERJAYA – Penglibatan dalam politik tidak sepatutnya dianggap sebagai satu karier kerana pengaruhnya terhadap kepentingan diri sendiri adalah terlalu besar.
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam sesi live Facebooknya pagi tadi berkata, kesilapan besar sebegitu boleh menyebabkan pemimpin hilang halatuju dalam kepimpinan, iaitu membantu rakyat dan membangunkan negara.
“Satu kesilapan besar ahli politik adalah apabila dia menjadikannya sebagai satu karier.
“Bila dijadikan karier, maka dia akan cenderung untuk menggunakan kuasa yang dia ada bagi memenuhi keperluan dirinya,” kata Mohd. Fadzil yang turut dikenali sebagai Coach Fadzil.
Berkenaan sistem politik yang wujud dalam negara sekarang, sistem demokrasi yang diguna pakai adalah berpaksikan Barat, iaitu demokrasi yang terbahagi kepada kerajaan dan pembangkang.
“Benar, sistem yang kita guna sekarang adalah sistem demokrasi.
“Tapi yang peliknya, kenapa kita di sini berpecah belah sampai boleh bergaduh?
“Mereka di sana yang menggunakan sistem yang sama, boleh relax sahaja?” soal Mohd. Fadzil.
Mohd Fadzil menjelaskan, berbanding Malaysia, sistem di sana menjadikan ahli politik sebagai ‘penggubal undang-undang (lawmakers) untuk memastikan undang-undang negara sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.