Pengurusan sisa pepejal di Kedah terganggu akibat Covid-19

0
76
Kakitangan E-Idaman Sdn Bhd. – Gambar hiasan

ALOR SETAR – Peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di Kedah sejak minggu lalu turut menyebabkan gangguan kutipan sampah di beberapa kawasan di negeri itu.

Syarikat pengurusan sisa pepejal, E-Idaman Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, lebih daripada enam kawasan di daerah Kuala Muda menghadapi masalah perkhidmatan itu pada ketika ini.

Daerah itu merupakan antara beberapa kawasan di Kedah yang dikategorikan sebagai zon merah.

“Antara kawasan terlibat termasuk Taman Ria, Bukit Banyan, Bandar Mutiara, Taman Patani Jaya, Taman Keladi, Bandar Puteri Jaya dan taman-taman sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu pihak syarikat memaklumkan telah menyediakan tong-tong sisa yang besar di taman-taman utama sebagai kegunaan alternatif manakala kutipan sampah akan dilakukan mengikut jadual.

“Penduduk dinasihatkan mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kakitangan E-Idaman Sdn Bhd. – Gambar hiasan

Beberapa hari lalu tular dakwaan berlakunya gangguan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di beberapa daerah di Kedah dikatakan akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerja lori pengutip sampah.

Keadaan itu menyebabkan tempat pembuangan sampah di kawasan taman perumahan dipenuhi sampah sehingga menyebabkan pencemaran bau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here