Penjelasan polemik Ordinan Darurat dibuat pada Isnin ini

0
14
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Segala  penjelasan mengenai pembatalan Ordinan Darurat hanya akan dibuat pada Isnin ini seperti diperuntukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM).

Perkara berkenaan diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, walaupun pelbagai desakan dibuat oleh ahli-ahli Parlimen yang ingin berdebat tantang perkara itu.

Azhar Azizan menegaskan, keputusan berkenaan dibuat bagi memastikan setiap pembahas dan prosedur AUM dilaksanakan mengikut perancangan serta masa tertentu.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Takiyuddin berkata, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Takiyuddin berkata, kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here