Penularan di UK meningkat empat kali ganda pada Jun

0
45
GAMBAR HIASAN

London – Satu kajian mendapati, penularan Covid-19 di United Kingdom (UK) telah meningkat sebanyak empat kali ganda sejak Jun.

Menurut Reuters, kajian yang dijalankan oleh Kolej Imperial itu turut menunjukkan angka kes baharu turut berganda setiap enam hari disebabkan oleh gelombang jangkitan baharu varian Delta.

Kajian melibatkan 47,000 responden itu menunjukkan, kadar jangkitan nasional pada 24 Jun hingga 5 Julai adalah 0.59 peratus, iaitu 1 dalam 170 individu, berbanding hanya 0.15 peratus pada akhir Mei dan awal Jun.

Kajian itu turut mendapati, angka jangkitan dalam kalangan individu berusia bawah 65 tahun yang telah menerima dua dos suntikan vaksin adalah tiga kali lebih rendah daripada mereka yang belum divaksin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Boris Johnson telah mengumumkan rancangannya untuk membuka semula ekonomi sepenuhnya pada 19 Julai.

“Berdasarkan data, adalah sukar untuk mengatakan bahawa pembukaan semula ekonomi sepenuhnya adalah perkara yang terbaik,” kata Profesor Bahagian Penyakit Berjangkit Kolej Imperial, Dr. Steven Riley.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here