Perbelanjaan vaksin telus-KJ

0
20
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Segala dokumen perjanjian perolehan vaksin serta butiran perbelanjaan telah dibentang kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga telah memberikan keterangan jawatankuasa itu pada 5 Januari lalu.

Terbaharu katanya, beliau bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga sekali lagi memberi keterangan kepada PAC pada Selasa (semalam).

“Selain daripada PAC, pada hari Jumaat yang lalu, MOSTI telah memberikan 27 keterangan di dalam prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi.

“Bagi memastikan ketelusan dan keterbukaan PICK, satu taklimat dengan jemputan kepada semua Ahli Parlimen juga telah diadakan.

“Saya memberi jaminan bahawa segala perbelanjaan dan perjanjian yang dilaksanakan dalam perolehan vaksin dalam pelaksanaan PICK akan saya terus bentangkan pada PAC tanpa apa-apa gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkaitan usaha vaksinasi rakyat Malaysia pada hari ketiga Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here