Perenang Afrika Selatan pecahkan rekod dunia acara 200m kuak dada

0
22
Schoenmaker sebelum ini meraih pingat perak dalam acara 100m kuak dada pada Selasa lepas.

TOKYO – Perenang Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker berjaya memecahkan rekod dunia acara 200 meter (m) kuak dada ketika memenangi pingat emas temasya Olimpik 2020, hari ini.

Schoenmaker mencatat masa 2:18.95, memadam rekod lama 2:19.11 yang sebelum iji dicatat oleh perenang Denmark, Rikke Møller Pedersen pada 2013.

Lebih manis, ini merupakan pingat emasa pertama buat perenang berusia 24 tahun itu, selepas memenangi pingat perak dalam acara 100m kuak dada Selasa lepas.

Pingat perak dalam acara ini dimenangi oleh perenang Amerika Syarikat (AS) Lily King yang mencatat 2:19.92, dengan gangsa diraih seorang lagi perenang AS, Annie Lazor (2:20.84).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here