Perginya wira negara

0
515

CYBERJAYA – Negara kehilangan seorang watak penting ketika menentang ancaman komunis pada era darurat dahulu, apabila Datuk Dr. Leong Chee Woh meninggal dunia, petang tadi.

Mendiang, 92 dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok di kediamannya di Seri Kembangan, petang tadi.

Walaupun nama mendiang tidak setaraf artis terkenal, sumbangannya kepada negara tidak dapat dinafikan.

Anak jati kelahiran Taiping, Perak, ini memasuki perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Disember 1950, dan jawatan akhir sebelum mendiang bersara fdaripada perkhidmatan adalah sebagai Timbalan Pengarah (Operasi), Cawangan Khas, Bukit Aman.

Ketika zaman darurat, mendiang telah dilantik mengetuai Pasukan Rahsia Cawangan Khas PDRM iaitu Pasukan E3F atau lebih dikenali dengan nama Pasukan F dalam misi membanteras pengganas komunis ketika kebangkitan kedua Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1968-1989 di Semenanjung Malaysia.

Sejarah mencatatkan Pasukan F telah berjaya membunuh seramai 48 orang pengganas PKM dan menahan seramai 171 orang lagi bersama 1,432 orang tali barut.

Kejayaan Pasukan F melumpuhkan pemberontakan pengganas PKM di Tanah Melayu turut menjadi faktor utama sehingga termeterainya Perjanjian Hatyai 1989 sehingga membawa kepada pembubaran PKM.

Sepanjang penglibatan dalam PDRM, mendiang pernah menerima penerima anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani (P.G.B.) yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XV, Sultan Muhammad V pada 9 September 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here