
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan menteri Kabinet meninggalkan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.
Ismail Sabri bersama barisan menteri Kabinet termasuk Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pagi ini mengadakan pertemuan dengan Munyiddin di kediamannya di Bukit Damansara.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai pertemuan tersebut namun, dipercayai ia berkaitan dengan situasi semasa politik negara selepas UMNO menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, keputusan itu berkuat kuasa serta-merta setelah tujuh prasyarat yang diminta dan ditetapkan UMNO dilihat tidak berjaya dilaksanakan.
Buat masa ini, petugas media masih menunggu di kawasan kediaman Perdana Menteri bagi sebarang kemungkinan.