
CYBERJAYA – Bermula 1 Ogos ini perkhidmatan telefon di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan beroperasi semula.
Menurut LHDN dalam satu kenyataan, perkhidmatan itu akan beroperasi bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang berdasarkan hari bekerja di setiap negeri.
“Para pelanggan boleh membuat semakan nombor telefon cawangan LHDN pada
portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=2&bt_posi=1&bt_unit
=4&bt_sequ=1,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain menghubungi talian am, katanya, orang ramai juga boleh mengajukan pertanyaan serta maklum balas kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara) atau HASiL Live Chat atau melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-MT