Permasalahan dan isu berbangkit mengenai jenazah Covid-19 akan diselesaikan- KP Kesihatan

0
37
Jumlah kematian akibat Covid-19 yang agak tinggi ketika ini menyebabkan rumah mayat di hospital di Lembah Klang sentiasa penuh

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi jaminan segala permasalahan dan isu berkaitan pengendalian jenazah Covid-19 akan diselesaikan dalam kadar segera.

Dr. Noor Hisham berkata, ia juga bagi memudahkan segala urusan petugas kesihatan untuk menyempurnakan tanggungjawab terakhir kepada pesakit Covid-19 dan juga waris terlibat.

“Pelan kontigensi juga sedang dirangka sekiranya situasi menjadi lebih buruk di ibu kota ini dan lima buah kontena yang boleh menampung sebanyak 225 jenazah tidak dapat memenuhi keperluan kes-kes kematian COVID-19 kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebooknya semalam selepas meninjau pengoperasian Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Dr. Noor Hisham, penubuhan PUSUM HKL adalah langkah perlu untuk menambah kapasiti penyimpanan mayat dan kemudiannya memudahkan penjadualan pengkebumian dan penentuan lokasi kubur atau kremasi.

“Pengurusan secara teratur ini penting kerana bilangan tanah kubur dan krematorium yang terhad di Lembah Klang,” tambahnya.

Pusat tersebut dibina sejak 17 Julai lalu di Kompleks Sukan Institut Sukan Negara, Stadium Jalan Raja Muda, Kampung Baru dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pada masa sama, beliau memaklumkan pelan kontigensi juga sedang dirangka sekiranya situasi menjadi lebih buruk dan lima kontena yang boleh menampung 225 jenazah tidak dapat memenuhi keperluan kes-kes kematian Covid-19 kelak.

Untuk rekod, sehingga 19 Julai lalu, seramai 7,148 mangsa telah terkorban akibat Covid-19 dan daripada jumlah tersebut, seramai 6,677 orang telah meninggal dunia tahun ini.

Dr Noor Hisham turut menggesa agar kerjasama erat terjalin antara agensi-agensi terlibat kerana ia sangat penting bagi memastikan jenazah diurus dengan beretika, mulia dan penuh penghormatan, terutamanya ketika negara menghadapi musibah pandemik Covid-19 ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here