Pesawat C-130 Tentera Udara Filipina jatuh terhempas

0
108

MANILA – Sebuah pesawat pengangkut C-130H milik Tentera Udara Filipina dilaporkan jatuh terhempas lalu terbakar di Pulau Jolo, hari ini.

Menurut Reuters, kejadian itu disahkan oleh Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana.

Kata Lorenzana, pesawat itu membawa 92 individu termasuk tiga juruterbang dan 5 anak kapal ketika kejadian.

Sementara itu, kata agensi AFP, sebanyak 40 penumpang pesawat malang itu berjaya diselamatkan, dengan operasi menyelamat masih sedang dijalankan.

Setakat ini, punca kejadian masih belum disahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here